Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 26-May-2010 07:53
Happy Teachers Day
Salam kepada semua pengunjung fp ku yang dikasihi sekalian, semoga kalian semua dirahmati dan dibawah lindungan Allah selalu hendaknya.

Agak lama juga saya tidak update fp ini, dah lebih sebulan lamanya, cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah sebulan, usiapun makin menginjak senja :-S. Sebenarnya, bila dah ada dua buah rumah ni, terasa tak termampu pulak nak menguruskan kedua2 rumah, maka beginila jadinya, baru padan muka aku, pandai sangat bina rumah, kan dah terbiar. :P :P Takpa, insyaALLAH saya tidak akan mengabaikan rumah pertama saya ini, rumah yang telah banyak meninggalkan kenangan, membantu saya menambah ilmu dan rangkaian teman2 dalam bidang yang sama2 diminati. Akan saya jaga, akan saya hiasinya dengan sebaik mungkin.

Ok lah, kita ke n3 mengemaskini fp. Sempena Hari Guru yang disambut baru baru ini, iaitu pada 16hb Mei, anak saudara saya yang comee lotee, si Deanah Athirah Ainaa minta dibuatkan cuppies untuk dihadiahkan kepada gurunya. Mummy Deanah telefon petang Ahad, hari isnin dah nak cuppies, kira adhoc orderlah ni, mujur jugak ada bahan2 kat rumah. Cuppies ni dideco malam hari sampai jam 3 pagi, tu diaaaa penangan hasil keras tanganku, heheheheh :-D

Tengokla hasilnya kat bawah ni, kelabu asap aja gambar cuppies tu sebab diambil pada malam hari, deco pun simple aja, sebab idea tak mari LOL , saya memang tak berpuashati dengan deco tu.


Next day, saya tanya mummy Deanah, camana dengan cuppies tu, dia kata Deanah mengamuk sebab dia suruh mummy pesan kat Acik (sayala tu) buat cuppies dalam individual casing sebab dia nak bagi kat ramai cikgu, alih2 mummy tak khabarkan kat saya, saya buat macam biasa aja la.... letak dalam kotak bertingkap. Jadi, dia cuma dapat beri cuppies tu pada seorang cikgu saja, English teacher. Hari tu pulak, cikgu kelas Deanah pi belanja semua murid makan nasi lemak, punyala raplah jingga si Deanah dan rakan2nya, sebab malu alah kat cikgu depa (alamak ni tersasul dialek Penang lak pulak) sebab tak beri apa2.

Next day, siap Mummy Deanah telefon saya lagi kata Deanah dan teman2nya nak saya buatkan cuppies sorang 3 cawan dalam individual casing sebab mereka nak berikan pada cikgu-cikgu kesayangan mereka. Wahhh, bertuahnya cikgu dapat anak2 murid macam mereka ni, begitu sayangkan cikgu2, mesti cikgu2 kat sekolah tu pandai ambil hati merekakan LOL LOL LOL . Jadi kat bawah ni, saya pun buatlah cuppies untuk mereka, setiap sorang 3 cawan berlainan design atas permintaan mereka


Inilah hasil cuppies saya yang tak seberapa, dibuat dengan sentuhan penuh kasih sayang sebagai menggambarkan keikhlasan dan rasa terimakasih seorang murid terhadap gurunya.




Setiap seorang 3 cawan dipack dalam individual casing.



Yang dibawah ini pulak sengaja saya buat lebih untuk hubby bawak semasa melawat temannya yang baru keluar dari hospital disebabkan stroke tempohari. Semuga dia segera sembuh sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan sebagaimana hari2 sebelumnya, insyaALLAH. ;-)


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.