Dah lama teringin nak buat ayam percik. Hari ni makan tengahari saya buat ayam percik sahaja makan dengan nasi. Ayam percik ni saya tak panggang, sebab tak ada alat pemanggang, cuma letak dalam oven dan bakar sahaja. Kalau panggang lagi sedap kan sebab lebih garing.
Baru keluar oven, masih panas lagi....... meleleh air liur menengoknya....
Siap untuk dimakan dengan nasi. Meratah lagila sedap.......mmmmm nyum nyummmm
AYAM PERCIK
Sumber : Kak Liza (tks yer)
Bahan A:-
1 ekor ayam dipotong 4 bahagian - saya potong kecil
3 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa - saya ganti dengan limau kasturi 3 biji
1 sudu kecil gula - saya lebihkan
1 sudu besar halba - saya tak letak
garam secukup rasa
Bahan B:-
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
5 batang serai
1 inci lengkuas - ni saya tambah
Cara-Cara:-
1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul dengan garam.
2. Masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba dan asam jawa dan masak hingga 3/4 masak atau hingga kuahnya agak pekat. Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Keluarkan ayam dan letak di atas pemanggang sambil disiram kuah tadi dan bakar ayam hingga nampak garing.
Petang tu buat lopes la pulak sebab stok beras pulut masih banyak. Daripada dimakan dek kutu beras, baik ler buat kueh.
Bekas yang berisi air gula tu sebenarnya adalah cenderahati pemberian adik Shahrul, assistant engineer kat tempat saya bertugas dahulu. Teringat juga dia kat saya belikan saya cenderahati ini semasa dia menjalani kursus di Jepun. Adik Shahrul ni sangat fasih berbahasa Jepun. Satu set bekas ni ada enam biji semuanya, comel2 belaka dihiasi dengan gambar gadis Jepun berpakaian kimono. Bila saya menggunakan bekas ni, maka fikiranpun teringatla kat dia, terimakasih banyak ya dik Shahrul.
LOPES
Sumber : fp mamafami (resepi Kak Liza) - tks yer
Bahan kuih :
2 cawan pulut [basuh dan rendamkan dengan 1 st air kapur]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa parut muda
Cara.
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah